Redirect You

This page is just an archive for all my old posts. My new blog is at blog.sayfurrahman.com. Thank you.

19 March 2007

Tegas

Ketegasan itu perlu. Tetapi ketegasan itu adakalanya ku tidak mendisiplinkan diriku untuk bertegas. Adakalanya mampu tetapi terikut nafsu. Adakalanya tidak mampu kerana seribu alasan kiranya.

Aku mampu untuk bertegas dengan prinsip yang sudah aku terapkan dalam jiwaku. Walaupun adakalanya tergugat juga iman bile dicabar anasir luar. Tetapi aku tewas bila perlu bertegas dengan diriku sendiri tentang sesuatu yang perlu aku laksanakan.

Aku punyai prinsip. Tetapi prinsip aku bersifat korban diri. "Tak mengapalah jika hanya aku yang terkena", "Tak kacau orang lain pun kalau tak siap", "Akibatnya hanya aku yang tanggung, masih tak mengapa."

Kadangkala aku terasa seakan-akan "hero" dengan fikiran "korban diri" itu. Tapi terlalu kerap akibat yang aku terima akibat pemikiran yang sedemikian menyebabkan aku tewas dengan diri sendiri dan kecewa dengan diri ini. Aku masih tak mampu untuk bertegas dengan diri sendiri yang selalu leka dan alpa.

Lain pula jika aku melibatkan insan lain. Aku akan berusaha sedaya diriku. Kerana aku tahu sukar insan tak semudah Tuhan untuk memaafkan kesilapan. Kerana aku tahu hak insan itu perlu dijaga. Kerana aku tahu aku merupakan seorang adDa'ie. Yang menjadikan hidupnya contoh kepada yang lain. Oleh itu aku bertegas dengan prinsip apabila aku ketahui kesannya akan terasa dek insan lain.

Kini, aku cuba membina kekuatan. Kekuatan jiwa dan ruh. Kekuatan mental dan akal. Kekuatan tubuh dan jasad. Agar kelak aku mampu bertegas dengan kelemahan diriku. Tak kiralah. Sama ada lemah ruh untuk 'ibadah. Atau lemah mental untuk meneruskan perjuangan. Atau lemah jasad dan kehilangan stamina untuk manfaatkan masa.

Dan aku juga berseru kepada saudara dan teman. Bertegaslah dengan diri sendiri. Sesungguhnya diri kita adalah diri yang paling kita lemah untuk mengawalnya.

Search The Web