Redirect You

This page is just an archive for all my old posts. My new blog is at blog.sayfurrahman.com. Thank you.

09 March 2007

Pernahkah Kita Menghayati AlQur'an?



MasyaaAllah. Saya hanya mampu berkata demikian. Video yang saya sertakan tuh adalah salah sebuah video yang cukup menyentuh hati saya. Betapa gentarnya hati bila sampai pada ayat 16 dalam surah Qaaf nih.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," (Qaaf - 50:16)
Tiba-tiba hiba sangat rasa. Selalunya bila baca Qur'an tuh tak lah sampai rasa nak menangis. Tapi nih... Terlalu mudah untuk air mata jatuh ketika tuh. Dengan alunan bacaan yang menyentuh hati. Dengan diiringi maksud ayat yang sedang dibaca. Barulah saya faham betapa nikmatnya memahami alQur'an tuh.

Balik pada ayat tadi. Saya terus teringat betapa mudahnya kita lupa. Lupa yang Allah sentiasa mengawasi kita. Lupa bahawa sentiasa ada dua malaikat yang mengawasi kita. Lupa bahawa ada "setiausaha" yang dengan mudahnya mencatat segala "itenerary" amal kita (Qaaf - 50:17-18). Lupa... Lupa... Lupa...

Namun bila terkena ayat-ayat alQur'an yang kita fahaminya. Barulah tahu betapa besarnya kuasa Allah. Barulah tahu betapa kerdilnya diri. Barulah ingat betapa dekatnya Allah.

Saya juga tersangat terasa apabila disebut tentang maut. Manakan tidak... Selalu programkan orang pasal maut (Program KENDIRI KRj). Tapi bile sampai bab penghayatan tuh, selalu sangat fail. Nih bila dengar ayat qur'an macam nih (Qaaf - 50:19-20) tak macam terkene sepak pula. Sakitnya di jiwa terasa kerana selalu sangat lupa perkara yang pasti tuh. Degil. Sombong. Angkuh. Bongkak. Seribu satu macam lagi penyakit hati yang melanda jiwa yang kian tak keruan nih.

Allahua'lam. Saya sekadar berkongsi apa yang saya terdapat dari apa yang Allah taqdirkan untuk ana. Terpulanglah pada pembaca untuk cuba sendiri. Tak dinafikan lagi. Terlalu indah AlQur'an itu jika benar-benar dihayati. Terlalu tinggi saya rasa darjat orang yang dikurniakan peluang menghafaz satu mu'jizat teragung nih. Mu'jzat untuk hati.

Search The Web