KEMPEN PENA DA'WAH
Selama ini anda telah MENERIMA
Kini tibalah masa untuk MEMBERI
Tidak sukar...
Tidak mustahil...
Anda hanya perlu...
Menulis...
Tulis ape?
artikel, cerita, cerpen, cerpan, sajak, pantun, perkongsian, tadzkirah
Ahhh! Ape-ape je lah! Janji sesuatu KARYA bertulis!
Jom ramai-ramai kita meriahkan masa cuti kita!
Jumlah terkini peserta: 9 orang
Peserta Khas: 2 orang
Selama ini anda telah MENERIMA
Kini tibalah masa untuk MEMBERI
Tidak sukar...
Tidak mustahil...
Anda hanya perlu...
Menulis...
Tulis ape?
artikel, cerita, cerpen, cerpan, sajak, pantun, perkongsian, tadzkirah
Ahhh! Ape-ape je lah! Janji sesuatu KARYA bertulis!
Jom ramai-ramai kita meriahkan masa cuti kita!
Jumlah terkini peserta: 9 orang
Peserta Khas: 2 orang
Peraturan mudah je.
Tempoh: biar mula formally masa cuti nanti. Antara Mei hingga Julai.
Peserta:
Pertandingan Penulisan Iqra' - Ahli atau alumni Kelab Iqra' UTM. Join la wahai rerakan ikhwan dan akhawat!
Penyertaan Bahan Pena Da'wah - Sesiapa sahaja yang nak join. Ana sangat, sangat, sangat mengalu-alukan. (penyertaan khas)
Hadiah:
Ana tak boleh janji lagi. Dalam proses mencari sponsor. Tapi jangan harap lelebih la... Heh!
Penulisan Artikel:
- Apa: bahan penulisan (asas realiti).
- Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Kaitkan hidup antum, dan tarbiyyah yang antum lalui selama nih. Tak kisah ah, setahun lepas ke. Dua tahun ke. Atau nak kaitkan Islam dengan seumur hidup antum ke.
- Bentuk: perkongsian, pengajaran, kupasan qur'an/hadith, perumpamaan.
- Saiz: tak perlu panjang sangat, tapi jangan pendek sangat. Pendek tuh dalam 5 perenggan yang terdiri dari 4 ayat at least. Panjang tuh ikut ah... Kalau rasa macam panjang sangat, pendekkan.
- KREATIFLAH dalam menulis. Sesungguhnya ilham tu datang dari Allah untuk hamba yang mengharap.
- Syarat lain: Pastikan tulis dengan tatabahasa penuh. Kengkadang tuh takpe ah. Tapi format penulisan tuh jaga, dengan huruf besar keciknya, dengan tanda titiknya, komanya, dan lain-lain.
- Apa: bahan penulisan (karya).
- Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Tulislah cerita inspirasi yang berkisar tentang tarbiyyah. Ikutlah nak buat cane. Nih ana biar je terbuka.
- Saiz: tak kurang dari 450 perkataan. Ana check nanti pakai word.
- Sama cam kat atas: KREATIFLAH.
- Apa: bahan kreatif (karya).
- Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Sama cam atas. Kaitkan dengan perasaan dan jiwa. Biasalah sajak kan seni. Heheh...
- Saiz: Pantun, boleh buat dua baris atau empat baris. Sajak, tak kisah panjang mana.
- Sama cam kat atas: KREATIFLAH.
Huish... Apa lagi eh? Kalau ada yang nak tambah kategori silakan...
Semua karya boleh hantar kat ana: yeop(dot)mayuru[at]gmail(dot)com
Letak label nih dalam tajuk tuh: [karya_iqra]
Setiap orang yang join kene hantar PALING KURANG SATU penyertaan. Tapi nak hantar banyak-banyak pun takpe. Takde masalah.
Kemudian macam ana sebut sebelum nih, ana ingat kalau cukup bahan terkumpul waktu cuti nih, ana nak terbitkan koleksi karya iqra dalam bentuk booklet.
|