Persoalan dari seorang akh:
SATU
Ujian tuh penentu kualiti. Takde ujian tak tahu la kualiti sesuatu.
Cuba tengok masa kita peperiksaan. Sebelum peperiksaan kita rasa macam yakin je boleh menjawab. Tapi sudahnya peperiksaan menceritakan perkara lain pula. Bila tak cukup persediaan, tak cukuplah kualiti 'ilmu kita, maka teruklah bila jawab peperiksaan. Dan juga sebaliknya, bila persediaan cukup, maka peperiksaan tu menjadi bukti kualiti 'ilmu yang diperoleh, dan orang lain pun menjadi yakin bila kita kata, "saya mahir subjek ini", dan dibuktikan dengan hasil peperiksaan itu.
Samalah dengan ujian Allah. Kalau tak cukup bersedia, kita akan rasa sangat teruk, susah. Payahnyalah. Tapi bila dah cukup kualiti kita, ujian tu menjadi hujjah atas kebenaran yang kita bawa. Kita sanggup kemudiannya menyatakan, "inilah aku, datang membawa sesuatu yang benar!", dengan rasa 'izzah kerana kita sudah punyai bukti yang kita perolehi melalui ujian Allah itu. Jiwa-jiwa manusia lain pun menjadi yakin kerana terbuktinya kebenaran melalui ujian.
DUA
Ujian tu pembeza kebenaran dan kebatilan. Baru kita tau sape munafiq sape benar beriman.
TIGA
Ujian tu macam ketuhar untuk jiwa pembawa kebenaran. Peneguh hati atas jalan yang diyakini. Membawa keluar kualiti kebenaran yang seperti berlian. Lebih hebat tekanan; lebih gemerlapan sinaran yang dipantulkan.
EMPAT
Ujian tu muhasabah kebenaran. Tempat untuk orang yang mencari kebenaran tengok dalam cermin dan tengok diri sendiri dan bertanya "Betul ke tak aku nih?" Neraca untuk mengukur adalah Qur'an dan Hadith.
LIMA
Ujian tu pembasmi jahiliyyah. Sebab jahiliyyah tak tahan lama dengan dugaan.
"Untuk Yeop, maaf ana nak bertanya, bagaimana ujian mencerminkan kebenaran dan boleh jadi hujah kepada kebenaran?" [diubahsuai dan dipetik dari komen Musafir di post ini]Jawapanku dengan ilmu yang masih perlu kulengkapi.
SATU
Ujian tuh penentu kualiti. Takde ujian tak tahu la kualiti sesuatu.
Cuba tengok masa kita peperiksaan. Sebelum peperiksaan kita rasa macam yakin je boleh menjawab. Tapi sudahnya peperiksaan menceritakan perkara lain pula. Bila tak cukup persediaan, tak cukuplah kualiti 'ilmu kita, maka teruklah bila jawab peperiksaan. Dan juga sebaliknya, bila persediaan cukup, maka peperiksaan tu menjadi bukti kualiti 'ilmu yang diperoleh, dan orang lain pun menjadi yakin bila kita kata, "saya mahir subjek ini", dan dibuktikan dengan hasil peperiksaan itu.
Samalah dengan ujian Allah. Kalau tak cukup bersedia, kita akan rasa sangat teruk, susah. Payahnyalah. Tapi bila dah cukup kualiti kita, ujian tu menjadi hujjah atas kebenaran yang kita bawa. Kita sanggup kemudiannya menyatakan, "inilah aku, datang membawa sesuatu yang benar!", dengan rasa 'izzah kerana kita sudah punyai bukti yang kita perolehi melalui ujian Allah itu. Jiwa-jiwa manusia lain pun menjadi yakin kerana terbuktinya kebenaran melalui ujian.
DUA
Ujian tu pembeza kebenaran dan kebatilan. Baru kita tau sape munafiq sape benar beriman.
"Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan." [ar-Ra'd:17]
"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik." [Taubah:67]
TIGA
Ujian tu macam ketuhar untuk jiwa pembawa kebenaran. Peneguh hati atas jalan yang diyakini. Membawa keluar kualiti kebenaran yang seperti berlian. Lebih hebat tekanan; lebih gemerlapan sinaran yang dipantulkan.
"Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." [al-Baqarah:214]
EMPAT
Ujian tu muhasabah kebenaran. Tempat untuk orang yang mencari kebenaran tengok dalam cermin dan tengok diri sendiri dan bertanya "Betul ke tak aku nih?" Neraca untuk mengukur adalah Qur'an dan Hadith.
"Yahya related to me from Malik that he heard that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, 'I have left two matters with you. As long as you hold to them, you will not go the wrong way. They are the Book of Allah and the Sunna of His Prophet.' " [Hadith, diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwattha', Book 46 1.3]
Terjemahan [YeopMayuru] di bawah, boleh dicari yang lebih tepat:
"Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik bahawa dia telah mendengar Rasulullah, (saw), berkata, 'Aku telah tinggalkan dua perkara denganmu. Jika engkau berpegang dengan keduanya, engkau tak akan tersesat. Keduanya adalah Kitab Allah dan Sunnah [RasulNya/NabiNya]' "
"Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabi buta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat Hadith yang thiqah." [Usul 20, Imam Hassan alBanna]
LIMA
Ujian tu pembasmi jahiliyyah. Sebab jahiliyyah tak tahan lama dengan dugaan.
"Dan Katakanlah: ‘Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap’." [al-Isra':81]
|