Allah berfirman: “Oleh itu berilah peringatan, jika peringatan itu berguna.” (Al-A’la: 9)
Ayat di atas saya terjemahkan berdasarkan tafsiran Dr. Abdul Karim Zaidan terhadap ayat tersebut. Ia diterjemahkan sebagai ‘oleh itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat’ oleh terjemahan yang biasa kita baca di Malaysia. Dr. Abdul Karim Zaidan mengaitkan peringatan dengan hasil dan berpendapat bahawa jika peringatan itu diyakini akan memberi manfaat, memberi peringatan tersebut adalah wajib. Jika diyakini tidak memberikan manfaat, terpulang kepadanya untuk memberikan peringatan atau tidak. Ini menunjukkan antara lain perlunya seseorang berfikir wasilah, kaedah, pendekatan dan uslub yang paling mampu merubah sebelum teguran tersebut diberikan.
- Ustaz Fauzi Asmuni di blognya, Satu Perkongsian dalam artikel ini.
Saya sangat sokong. Saya cukup tidak suka bila ada rakan-rakan yang menyindir dan menyakat, tujuannya; demi melakukan mahi mungkar. Banyak kalanya keadaan sebaliknya akan berlaku.
Ya. Sepastinya anda akan katakan "itu semua ego!" Tapi salahkah si mad'uw punyai perasaan yang negatif jika anda memulakan teguran dengan sesuatu yang juga negatif? Salahkah si mad'uw kah dia bersikap defensif lantaran sikap anda yang antagonistik?
Saya suka dan saya sangat menghormati mereka yang mampu untuk merubah rakan, sahabat, keluarga. Mereka mampu untuk mempengaruhi anak didik mereka untuk mahu mengubah diri. Bukan memaksakan perubahan itu ke atas anak didik mereka, bahkan mereka menyemai kasih dan melahirkan sayang. Dengan harapan anak-anak didik mereka ini sedar dan ingin melakukan islah. Mereka inilah yang berhati-hati dalam memilih jalan amar maaruf dan nahi mungkar.
Mereka tidak sewenang-wenangnya melepaskan lidah mengutuk dan menyumpah lantaran seseorang itu dilihat melakukan mungkar. Sebaliknya mereka mengajak ke arah maaruf, dan memujuk agar ditinggalkan sedikit-sedikit perkara mungkar tersebut.
Ya. Kita semua manusia. Pastinya ada ego yang mengeraskan hati, tak inginkan perubahan. Tetapi dengan kasih dan prihatinnya jiwa ad-Da'ie and lembut dan cairlah hati al-Mad'uw agar mampu dibentuk semula dengan acuan Allah yang teragung.
Allahu a'lam... Mudah²an kita dilindungi Allah dari sikap keras hati dan tidak ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik. Mudah²an Allah curahkan kekuatan buat kita untuk melakukan Islah di muka bumi ini~!
|