--Ikhtilat Ikhwah Akhawat--
Sila rujuk link di atas. Sepastinya post kali ini berkait rapat dengan isu di atas.
---
Saya adalah seorang manusia yang memanggil diri sendiri pendakwah. Ad-Da'ie. Da'iyyan ila LLAH. Tapi saya juga adalah manusia yang mudah alpa... Mudah terleka.
Sebelum saudara pembaca tersalah anggap ayat saya di atas, sepastinya perlu saya menegaskan bahawa saya tidak pernah ber-couple, ber-dating, atau seumpama perbuatan itu. Saya bertegas dengan sahabat saya sekalipun bahawa saya tidak mahu ber-couple (dan perbuatan seumpamanya).
Tapi apa yang saya katakan terleka ialah terleka dalam penjagaan hubungan yang remeh temeh. Terleka dalam hal biasa. Mungkin sebagai seorang pelajar, mungkin juga sebagai seorang aktivis kelab dan persatuan. Dalam perbincangan atau dalam mesyuarat. Atau dalam komunikasi yang biasa mana sekalipun.
Saya adalah seorang yang suka mengambil Islam secara ringan. Bukanlah bermakna saya meremehkan hukum. Tapi bermakna, jika dalam bab muamalah tiada hukum atau dalil yang membataskan, saya sepastinya akan mengiranya sebagai salah satu pilihan.
Saya usaha untuk tundukkan pandangan. Ah... Tak daya saya untuk bertenung wajah wanita. Takut jiwa saya yang kekacauan.
Cuma, bila saya bercakap... Saya suka untuk menghiasi percakapan saya dengan intonasi yang riang/gembira/positif dan diiringi pelbagai bahasa badan walau dengan sesiapa pun saya bercakap. Tujuannya, supaya isi percakapan saya tidak disalah-ertikan niatnya. Sama ada ikhwah, atau akhawat (walaupun apabila dengan akhawat biasanya saya kurangkan).
Soalan, "sudah siapkan urusan itu?", boleh saja membawa mesej yang berbeza jika intonasinya berbeza. Boleh jadi intonasinya marah. Boleh jadi intonasinya ingin-tahu. Boleh jadi juga intonasinya menggatal tak tentu arah tuju. Saya berlindung dengan Allah dari terjadi perkara itu.
Saya tidaklah berkata kita perlu buang ketegasan. Tetapi, dalam ketegasan, perlunya ada nada peduli. Perlunya ada nada mengambil kisah. Bukanlah bermakna mengsyahdukan suara, dan bernada menggoda. Tapi sekadar tahu dan mengambil tahu urusan yang perlu diambil tahu.
Saya juga tidaklah berkata, "jadilah tidak berperasaan!" Hanya kerana menjaga hubungan supaya tiada ikhtilat, komunikasi menjadi kering. Ganas. Tiada sifat keprihatinan. Lantas jadilah salah faham, kerana tidak memahami niat.
Manusia berkomunikasi bukan sekadar dengan bicara. Tapi manusia berkomunikasi sekaligus dengan pelbagai wadah tanpa-lisan. Untuk membunuh wadah itu ialah untuk membunuh kemanusian. Tapi sahabat pembaca, kita seperlunya mengawal wadah itu. Agar tidak timbulnya fitnah buat diri kita, agar tidak timbulnya salah faham terhadap apa yang kita bicarakan. Kita seharusnya faham implikasi dari tindakan kita itu. Dan kita tahu dan pastikan, tindakan tersebut tidak mengundang niat dan fikiran bukan-bukan dalam hati mereka yang mendengar bicara dan memerhati tingkah laku kita.
Saya pernah melihat ikhwah yang tegas, namun prihatinnya amat. Bukan hipokrit, prihatinnya hanya pada akhawat, tapi sememangnya pada semua ikhwah dan akhawat. Cakapnya tegas, ringkas. Mesejnya sampai. Niatnya tidak disalah-erti (mudah²an insyaALLAH). Namun adanya rasa prihatin, tanpa timbulnya fitnah.
Ah... Sungguh, saya ingin menjadi seperti itu. Tegasnya tegas, namun pedulinya peduli. Tapi inilah yang adakalanya saya terleka. Tegasnya saya belum setegas yang saya sangka. Mungkinlah ini saatnya saya mengubah diri. Menghiasi peribadi dengan akhlak yang lebih murni.

|