Saya suka bila ada cetusan idea yang menentang arus. Saya tak percaya dan tak suka jika orang yang memanggil diri sendiri sebagai pendakwah tidak berfikir dan mempersoalkan kebenaran apa yang dibawanya dan apa yang dipercayainya. Boleh jadi dia tersesat, dan kerana terlalu percaya apa yang dibawa, dia terus sesat.
Pendakwah yang takde sifat kritikal tak robust, dan tak mampu bertahan berhujah dengan orang yang fasiq yang tersusun nilai dan ideanya. Pendakwah yang tidak kritikal juga tidak mampu untuk mengalih paradigma dalam situasi yang memerlukan pengalihan paradigma. Pendakwah yang tidak kritikal juga akan banyak copy-paste. Kata-katanya, tulisannya dan ideanya hanya sekadar muntahan idea tanpa cernaan makna. Apa yang dia dapat, bulat-bulat tu lah yang dimuntahkan kembali. Kefahaman? Belum tentu.
Saya nak adik-adik dan ikhwan akhawat semua menjadi kritikal. Bukanlah bermaksud anda semua semua kene mempersoal dan mempertikaikan semua hukum-hakam yang tersedia establish secara qat'ie. Tapi sekurang-kuangnya persoalkanlah perkara berita dan isu semasa. Naik tahap sikit, persoalkanlah tentang cara bekerja dan the "how of things." Naik lagi sikit, persoalkan "the why of things." Biar faham bebetul apa tu jalan dakwah dan cabaran jalan dakwah, bukan sekadar muntahan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah Islam yang dah merata-rata kat Malaysia nih. Bukan juga semata-mata apa yang dipelajari dalam liqa' yang dinamakan usrah atau halaqah di universiti-universiti.
Tapi dalam berlaku kritikal janganlah sampai tahap melampau. Sehingga tak terlaksana perancangan kerana terlalu kerap berbincang. Terlalu kerap mempersoal.
Berlakulah kritikal dengan adil. Tegur bila sesuatu tidak betul. Tegur bila perlukan peneguran. Tapi tidaklah sampai merosakkan niat dan perancangan. Jangan sampai jadi paranoid kerana semua dipersoalkan.
Allahua'lam...
Yang gembira melihat adik-adik dan saudara-saudari yang bertungkus-lumus dalam da'wah.
Al-Akh 'Umayr.

|