I was prompted to write this as an email. Now I'm compelled to put this here. Haha!
Alkisahnya wujudlah seorang pemuda yang berpesiaran di alam yang dinamakan WWW. Arakian terjadilah pemuda ini punyai sebuah rumah di internet, terjadilah juga rumahnya beralamat yeop.mayuru@gmail.com. Maka oleh takdir yang dikehendaki yang Maha Kuasa ketika dirinya pulang dari berpesiaran, pulang ke tempatnya yang sederhana sekali terserampaklah beliau dengan utusan dari sebuah negeri WWW yang bernama Friendster.
Maka seraya berkata pemuda itu, "Apakah hendaknya hajat tuan hamba ke mari? Tempat hamba bukan mewah; bahkan sederhana sekali."
"Hamba di utuskan ke sini untuk menyampaikan berita kepada tuan hamba; bahawasanya Hari Lahir salah seorang sahabat tuan hamba adalah pada hari ini."
Maka terfikirlah pemuda itu akan tarikh hari yang ceria itu; 14/12/2006. Dan seraya teringatlah jua pemuda tersebut kepada Hari Lahir salah seorang kerabatnya. Arakian terseyumlah beliau dan berterima kasih kepada utusan yang membawa dua berita gembira walaupun tidak diketahuinya.
Beliau menjamu utusan tersebut dari negeri Friendster dan melayannya sehingga tiba waktu kepulangannya. Maka berkatalah pemuda, "Tuan Hamba. Ingin hamba khabarkan bahawa tuan hamba bukan sahaja membawa SATU berita gembira, bahkan DUA."
Maka hairanlah utusan tersebut, "Mengapa tuan hamba berkata demikian?"
"Tuan hamba telah mengingatkan hamba pada hari lahir salah seorang dari kerabat hamba."
Maka terseyumlah Sang Utusan seraya bertanya, "Apakah hamba dibenarkan mengetahui siapa gerangan kerabat tersebut?"
Sang Pemuda hanya tersenyum, "Andainya tuan hamba bijaksana... Cubalah bertekaan dengan hamba. Maka apakah tuan hamba beroleh jawapannya?"
Ok... Guess who I meant. Answer next time aight!
|