I've just read the novel Ayat-Ayat Cinta.
The verdict?
DAYYYM GOOD!!! (I hate "thumbs up" comments. They're so lame...)
---
Review (in Malay)
The verdict?
DAYYYM GOOD!!! (I hate "thumbs up" comments. They're so lame...)
---
Review (in Malay)
Uniknya novel ini ialah sang penulis, Habiburrahman El-Shirazy, menyisipkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith yang berkait rapat dengan peristiwa yang sedang dilalui. Di sinilah pembaca dapat melihat keindahan Islam yang terlaksana. Pembaca juga terdedah kepada aplikasi al-Qur'an di pelbagai situasi. Inilah yang menambah rencah dalam sebuah "novel pembangun jiwa".
Penulis juga menulis dari perspektif watak utama itu sendiri. Iaitu dengan menulis dengan gaya first-person. Dari awalnya hingga ke akhirnya terlihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut sudut pandangan Fahri. Watak utama yang merupakan idealnya seorang lelaki Muslim.
Fahri merupakan seorang pelajar Andonesy (Indonesia) yang habis hafal 30 juz, menuntut di Al-Azhar, juga menuntut Qira'ah Sab'ah dari seorang sheikh yang terkemuka. Tapi tu semua tak penting. Yang menjadi teras citer nih adalah kehidupannya. Kehidupan ideal kita manusia yang seperti kita, yang seeloknya tegas berpegang pada prinsip. Terlihatlah bagaimana beliau mengharung kehidupan sebagai pelajar. Bagaimana beliau menghandle suasana yang perlukan kefahaman Islam sebenar.
Indahnya ketika beliau dengan akhlak yang begitu menjaga nilai-nilai Islam. Indahnya ketika beliau berinteaksi dengan tetangga. Indahnya cinta beliau setelah melangkah gerbang perkahwinan. Indahnya dan utuhnya nilai ukhuwwah pabila beliau dilanda ujian yang begitu menduga. Begitu indah sekali penulis menggambarkan suasana hidup bila Islam diamalkan sepenuhnya. MasyaAllah...
Sepanjang cerita Fahri bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Dari jiwa yang sama dengannya inginkan kebahagian yang ada dalam lembayung Islam, hingga ke jiwa yang runtuh; rosak lantaran dada yang kosong dari iman. Dari jiwa yang tidak se'aqidah kepada jiwa inginkan syurga dan redha ilahi. Semuanya Fahri temui dalam kisah yang menyentuh jiwa ini.
Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Fahri? Singkaplah rahsia di sebalik makna Ayat-Ayat Cinta.
By: YM/USRA
|