Redirect You

This page is just an archive for all my old posts. My new blog is at blog.sayfurrahman.com. Thank you.

Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

30 March 2007

Kempen Pena Da'wah

KEMPEN PENA DA'WAH

Selama ini anda telah MENERIMA
Kini tibalah masa untuk MEMBERI

Tidak sukar...
Tidak mustahil...

Anda hanya perlu...
Menulis...

Tulis ape?
artikel, cerita, cerpen, cerpan, sajak, pantun, perkongsian, tadzkirah

Ahhh! Ape-ape je lah! Janji sesuatu KARYA bertulis!

Jom ramai-ramai kita meriahkan masa cuti kita!



Jumlah terkini peserta: 9 orang
Peserta Khas: 2 orang




Peraturan mudah je.

Tempoh: biar mula formally masa cuti nanti. Antara Mei hingga Julai.

Peserta:
Pertandingan Penulisan Iqra' - Ahli atau alumni Kelab Iqra' UTM. Join la wahai rerakan ikhwan dan akhawat!
Penyertaan Bahan Pena Da'wah - Sesiapa sahaja yang nak join. Ana sangat, sangat, sangat mengalu-alukan. (penyertaan khas)

Hadiah:
Ana tak boleh janji lagi. Dalam proses mencari sponsor. Tapi jangan harap lelebih la... Heh!

Penulisan Artikel:
  • Apa: bahan penulisan (asas realiti).
  • Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Kaitkan hidup antum, dan tarbiyyah yang antum lalui selama nih. Tak kisah ah, setahun lepas ke. Dua tahun ke. Atau nak kaitkan Islam dengan seumur hidup antum ke.
  • Bentuk: perkongsian, pengajaran, kupasan qur'an/hadith, perumpamaan.
  • Saiz: tak perlu panjang sangat, tapi jangan pendek sangat. Pendek tuh dalam 5 perenggan yang terdiri dari 4 ayat at least. Panjang tuh ikut ah... Kalau rasa macam panjang sangat, pendekkan.
  • KREATIFLAH dalam menulis. Sesungguhnya ilham tu datang dari Allah untuk hamba yang mengharap.
  • Syarat lain: Pastikan tulis dengan tatabahasa penuh. Kengkadang tuh takpe ah. Tapi format penulisan tuh jaga, dengan huruf besar keciknya, dengan tanda titiknya, komanya, dan lain-lain.
Penulisan Karya Cerpen:
  • Apa: bahan penulisan (karya).
  • Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Tulislah cerita inspirasi yang berkisar tentang tarbiyyah. Ikutlah nak buat cane. Nih ana biar je terbuka.
  • Saiz: tak kurang dari 450 perkataan. Ana check nanti pakai word.
  • Sama cam kat atas: KREATIFLAH.
Penulisan Karya Sajak/Pantun:
  • Apa: bahan kreatif (karya).
  • Tema: Hidup dan Tarbiyyah. Sama cam atas. Kaitkan dengan perasaan dan jiwa. Biasalah sajak kan seni. Heheh...
  • Saiz: Pantun, boleh buat dua baris atau empat baris. Sajak, tak kisah panjang mana.
  • Sama cam kat atas: KREATIFLAH.

Huish... Apa lagi eh? Kalau ada yang nak tambah kategori silakan...

Semua karya boleh hantar kat ana: yeop(dot)mayuru[at]gmail(dot)com
Letak label nih dalam tajuk tuh: [karya_iqra]

Setiap orang yang join kene hantar PALING KURANG SATU penyertaan. Tapi nak hantar banyak-banyak pun takpe. Takde masalah.

Kemudian macam ana sebut sebelum nih, ana ingat kalau cukup bahan terkumpul waktu cuti nih, ana nak terbitkan koleksi karya iqra dalam bentuk booklet.

22 February 2007

On Books

Books and books upon books...

Although I've had this love of books since I was small, there are just some books that elude my interest. God knows how hard it is to find the motivation to start such a one.

The problem mostly lies within. I know that. And the problem always resides with actually gaining enough momentum to START. Imagine me... Who is, as some of you knows, a "lintah buku", finding it hard to start reading. Kinda weird init?

20 February 2007

Ayat-Ayat Cinta

I've just read the novel Ayat-Ayat Cinta.

The verdict?

DAYYYM GOOD!!! (I hate "thumbs up" comments. They're so lame...)

---

Review (in Malay)

Uniknya novel ini ialah sang penulis, Habiburrahman El-Shirazy, menyisipkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith yang berkait rapat dengan peristiwa yang sedang dilalui. Di sinilah pembaca dapat melihat keindahan Islam yang terlaksana. Pembaca juga terdedah kepada aplikasi al-Qur'an di pelbagai situasi. Inilah yang menambah rencah dalam sebuah "novel pembangun jiwa".

Penulis juga menulis dari perspektif watak utama itu sendiri. Iaitu dengan menulis dengan gaya first-person. Dari awalnya hingga ke akhirnya terlihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut sudut pandangan Fahri. Watak utama yang merupakan idealnya seorang lelaki Muslim.

Fahri merupakan seorang pelajar Andonesy (Indonesia) yang habis hafal 30 juz, menuntut di Al-Azhar, juga menuntut Qira'ah Sab'ah dari seorang sheikh yang terkemuka. Tapi tu semua tak penting. Yang menjadi teras citer nih adalah kehidupannya. Kehidupan ideal kita manusia yang seperti kita, yang seeloknya tegas berpegang pada prinsip. Terlihatlah bagaimana beliau mengharung kehidupan sebagai pelajar. Bagaimana beliau menghandle suasana yang perlukan kefahaman Islam sebenar.

Indahnya ketika beliau dengan akhlak yang begitu menjaga nilai-nilai Islam. Indahnya ketika beliau berinteaksi dengan tetangga. Indahnya cinta beliau setelah melangkah gerbang perkahwinan. Indahnya dan utuhnya nilai ukhuwwah pabila beliau dilanda ujian yang begitu menduga. Begitu indah sekali penulis menggambarkan suasana hidup bila Islam diamalkan sepenuhnya. MasyaAllah...

Sepanjang cerita Fahri bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Dari jiwa yang sama dengannya inginkan kebahagian yang ada dalam lembayung Islam, hingga ke jiwa yang runtuh; rosak lantaran dada yang kosong dari iman. Dari jiwa yang tidak se'aqidah kepada jiwa inginkan syurga dan redha ilahi. Semuanya Fahri temui dalam kisah yang menyentuh jiwa ini.

Siapakah yang bakal menjadi teman hidup Fahri? Singkaplah rahsia di sebalik makna Ayat-Ayat Cinta.

By: YM/USRA


10 February 2007

I Wanna PLay Rise of Legends!!

Like the title says. But I just can't find my DVD for the installation.



Arrrgh!!



Anyone got "Ayat-Ayat Cinta"?

Reading Spree: But Manga?!

Am now reading Shaman King.

Daym... My bad habits coming out again. (Not being able to stop once I start raeding anything interesting)

Stuck on this for a while.





Hey... Anyone know where to get the novel "Ayat-Ayat Cinta"? Heard it was good. So I wanna read it.

Search The Web